Syamsul Yusuf Patah Tulang Bahu Kiri Ketika Lakonkan Babak Aksi

 Pelakon dan Pengarah Syamsul Yusof patah serta retak tulang bahu kiri selepas terbabit dalam kemalangan ketika menjayakan babak aksi filem Makrifat Cinta.

"Semalam selepas terjatuh, bahu saya rasa sakit dan kru membawa saya ke klinik berhampiran. Pada mulanya pihak klinik memberitahu saya hanya retak sedikit sahaja, tetapi pagi tadi bahu saya terlalu sakit dan saya pergi ke Pusat Perubatan Prince Court pula untuk buat pemeriksaan lanjut.

"Doktor mengesahkan bahu kiri saya patah dan perlu berehat daripada membuat sebarang kerja berat, mereka mahu saya dirawat di hospital tapi saya berkeras mahu balik," 

"Saya pun tidak tahu sampai boleh patah tulang kerana sebenarnya babak itu mudah sahaja, mungkin juga saya sudah tua dan tulang pun tidak kuat macam dulu.

"Bagaimanapun, saya tidak akan berehat panjang kerana tidak mahu menjejaskan penggambaran tersebut. Nasib baik juga, watak selepas ini memang memerlukan saya memakai penganduh.

"Filem ini merupakan filem cinta pertama saya, sebelum ini memang banyak tawaran tapi saya terpaksa tolak kerana bertindan dengan kerja saya.

"Tawaran ini datang betul-betul ketika saya sedang berehat sebelum menyambung projek filem Munafik 2 tidak lama lagi," ujarnya.


0 Response to "Syamsul Yusuf Patah Tulang Bahu Kiri Ketika Lakonkan Babak Aksi"

Post a Comment