Peminat Serbu Kafe Fattah Amin 'Suri Hati Mr Pilot'

Fattah Amin mengakui penangan drama Suri Hati Mr Pilot memberi impak besar dalam perniagaan restorannya apabila Stalkercafe diserbu pengunjung yang berhajat untuk bertemunya.

Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, 26, berkata, kafe yang diambil alih sejak sebulan lalu itu menerima sambutan yang sangat menggalakkan setiap hari.

"Alhamdulillah, kesan terlalu besar hinggakan setiap hari kafe saya iaitu Stalkercafe by Fattah Amin di Kota Damansara diserbu oleh orang ramai yang meminati drama tersebut.

"Sehinggakan menu-menu utama kehabisan terutama Nasi Lemak dan The Godfather Sandwich. Buat masa ini ibu dan ahli keluarga lain yang uruskan perniagaan itu kerana saya terlalu sibuk," ujarnya 

"Selepas telefilem Bayangan Emilia saya akan berehat daripada bidang lakonan sehingga awal tahun depan untuk uruskan perniagaan saya.

"Selain kafe, saya juga dalam proses memindahkan lokasi gimnasium di tempat lain yang saya akan beritahu kemudian,"





0 Response to "Peminat Serbu Kafe Fattah Amin 'Suri Hati Mr Pilot'"

Post a Comment