Pelakon Drama 7 Hari Mencintaiku Siti Saleha Kini Sudah Bertunang - 9 Gambar

Tahniah kami ucapkan kepada pelakon cantik manis, Siti Saleha yang telah selamat bertunang dengan kekasih hatinya, Lufti Azhar hari ini di kediaman keluarga beliau di Klang, Selangor.

Alhamdullilah, apa yang kami rancang berjalan lancar. Mengikut perbincangan, majlis pernikahan kami akan dilangsungkan pada awal tahun hadapan. Tambahan pula selepas setahun berkenalan dan dilamar Lufti, Julai lalu, kami memang tidak mahu bertunang lama-lama.

Setahun berkenalan sudah cukup untuk mereka berdua mengenali hati budi masing-masing. Menurut Siti Saleha, beliau juga sangat rapat dengan ibu Lufti sejak hari pertama mereka bertemu.
Malah, keluarga kedua-dua pihak juga rapat selepas kami berkawan. Saya sendiri sangat rapat dengan ibu Lufti. Jadi, atas restu keluarga kedua-dua pihak juga menyebabkan segala perancangan dibuat menjadi lancar. #7HariMencintaiku


0 Response to "Pelakon Drama 7 Hari Mencintaiku Siti Saleha Kini Sudah Bertunang - 9 Gambar "

Post a Comment