Nora Gagal Ke Final Gegar Vaganza 3

Hanya Enam peserta bakal berentap di peringkat akhir program Gegar Vaganza musim ketiga yang bakal diadakan pada Ahad depan.

Penyanyi tersebut ialah Azharina, Zarul, Intan Sarafina, Ameng dan G-Mie dan Siti Sarah.

Sementara, G-Mie yang tersingkir minggu lalu dan mendapat imuniti daripada penaja Datuk Seri Vida turut layak bertanding ke peringkat akhir.

Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi penyanyi Nora yang membawakan lagu 'Lagu Untukmu' dan 'Sandiwara' pada malam separuh akhir itu mendapat tempat tercorot dan gagal meneruskan perjuangan minggu depan.

Pengumuman itu dilakukan oleh pengacara Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Pada peringkat akhir nanti, enam peserta bakal merebut hadiah berupa wang tunai RM100,000 yang ditawarkan kepada pemenang utama tajaan Qu Puteh.

Ia bakal bersiaran dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor dan akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria bermula pukul 9 malam.

Gegar Vaganza Minggu Ke 8 AKHIR FINAL- LAGU DAN ARTIS #GegarVaganza3 #GV3

Nabil Dan Jihan -Polaroid (Sakrua Band)
 
1.Azharina
 -Mama Aku Ingin Pulang(Nike Ardila)
 -Izinkanlah (Nike Ardila)
 
2.Zarul
-Gerhana (Kembara)
-Dengangan Laguku (Carefree)
 
3.Siti Sarah
 - I will Always Love You
  -Matahariku (Agnes Monica)
 
4.Intan Sarafina
 - Sedetik Lebih (Anuar Zain)
 - Kemelut Di Muara Kasih (Ziana Zain)
 
5.Ameng
  -Bourgenvilla (Spring)
  -Romantis (Spring)
 
6.Gmie
  -Bila Bulan Berwarna Biru(Arab &Aidit)
  -Salam Terakhir (Sudirman) 

0 Response to "Nora Gagal Ke Final Gegar Vaganza 3"

Post a Comment