Lagu Pilihan Media Sukar Dinyanyikan Siti Sarah Mengakuinya

 Setelah timbul pelbagai kontroversi berkaitan Artis GV3 seprauh akhir menukar lagu pilihan media akhirnya Siti Sarah tampil untuk menjelaskan perkara yang sebenar bahawa dia berbuat demikian kerana keadaan kesihatannya.

 Bimbang tidak dapat menyampaikan lagu And I Am Telling You I'm Not Going nyanyian asal Jennifer Holiday dengan baik yang memerlukan kekuatan vokal dan stamina tinggi ekoran masalah kesihatan dialaminya.

"And I Am Telling You I'm Not Going memerlukan stamina yang tinggi kerana lagu berkenaan sangat 'besar' dan memerlukan kekuatan vokal yang mantap.

"Saya tidak berani mengambil risiko itu kerana kondisi kesihatan saya yang demam dan batuk buat masa ini. Bukannya kerana saya bersikap besar kepala dan tidak menghormati pilihan lagi dibuat pihak media.

"Saya perlu realistik kerana jika saya teruskan juga ia akan memberi kesan buruk pada persembahan saya nanti," katanya 

Sebagai ganti, Sarah akan menyanyikan lagu pilihannya iaitu Bunga-Bunga Cinta nyanyian asal Misha Omar selain Dibawah Pohon Asmara (Jaclyn Victor).

  Sarah berkata, dia sedar harapan rakan media terhadapnya tinggi dan menghormati pemilihan dibuat namun dia harus realistik memandangkan kesihatannya tidak mengizinkan.

"Para wartawan memilih lagu itu kerana yakin dan percaya saya boleh lakukannya dan saya hormati pilih dibuat untuk saya.

"Jika saya berada dalam keadaan sihat memang saya akan menyanyikan lagu diberikan itu," jelasnya.


0 Response to "Lagu Pilihan Media Sukar Dinyanyikan Siti Sarah Mengakuinya"

Post a Comment