Kesal Dan Terkejut Peserta Gegar Vaganza 3 Tukar lagu Yang Diberikan

 Tuduhan yang diberikan oleh segelitir netizen kepada pihak media bahawa mereka mereka memberi laluan mudah dengan memilih lagu kepada peserta separuh akhir Gegar Vaganza 3 adalah tidak benar sama sekali ini kerana mereka sendiri terkejut kerana adanya penukaran lagu selepas berakhir konsert ke enam 

Selain Nora Ariffin yang enggan menyanyikan lagu yang diberikan,  Siti Sarah dan Zarul (Umbrella) turut membuat keputusan serupa.

Siti Sarah akan menyanyikan lagu pilihannya iaitu Bunga-Bunga Cinta (nyanyian asal Misha Omar) dan Nora Ariffin pula memilih lagu sendiri iaitu Sandiwara.

Namun, Zarul memberi alasan yang boleh diterima apabila senarai lagu diberikan kepadanya pernah dinyanyikan dia sebelum ini.

Menjelaskan perkara itu, wartawan Berita Harian, Farihad Shalla Mahmud berkata, pihak media pada sesi berkenaan telah bersepakat untuk memberikan lagu All I Ask nyanyian Adele kepada Nora tetapi sebaliknya penyanyi itu memilih lagu Sandiwara.

Katanya, akibat keputusan Nora itu, netizen mula memandang rendah kononnya wartawan mahu berkomplot untuk memberi laluan mudah kepada penyanyi tersebut.

"Disebabkan minggu depan adalah segmen Lagu Pilihan Media, maka ramai netizen yang mula menyalahkan media kerana seolah-olah kami memilih lagu mudah untuk dinyanyikan Nora.

"Kami sendiri terkejut apabila lagu itu ditukar kepada lagu Sandiwara yang mana ia lagu Nora sendiri," ujarnya

Dalam pada Itu Pengarah Hiburan Utusan Malaysia Berkata 

"Lagu-lagu yang kami pilih mengikut karekter setiap penyanyi tersebut dan mereka semua ialah penyanyi professional. Seharusnya menerima cabaran itu.

"Pemilihan itu juga bukan secara membuta tuli, sebaliknya perbincangan dan undian yang dilakukan antara kami termasuk pihak produksi," ujarnya.

Sementara Itu Wartawan Metro Rudy Imran Shamsuddin berpendapat bahawa lagu-lagu yang  dipilih untuk melihat sejauh mana kretifviti seorang peserta tersebut 

"Kita pilih sesebuah lagu itu selepas melihat daripada pelbagai sudut. Bukan pilihan kami semata-mata, malah lagu itu mestilah yang boleh membuatkan penonton turut menyanyi bersama.

"Saya terkejut apabila ada beberapa artis yang menukar lagu dengan alasan tidak bersesuaian dengan suara mereka. Lagu yang diberikan  perlu dinyanyikan mengikut kemampuan dan kita ingin melihat bagaimana ia dipersembahkan dengan cara yang kreatif," ujarnya.

Dalam Itu Juga Editor Hiburan Sinar Harian, Haslina Kamaludin menganggap artis yang menukar lagu pilihan media sebagai tidak berani menerima cabaran.

"Ini adalah pertandingan Gegar Vaganza yang mana penonton ingin menonoton penyanyi itu menyahut cabaran menyanyikan lagu orang lain.

"Kalau mereka menukar lagu dan menyanyikan lagu yang mereka pilih, ia bermakna mereka tidak sedia untuk dicabar," ujarnya.

0 Response to "Kesal Dan Terkejut Peserta Gegar Vaganza 3 Tukar lagu Yang Diberikan"

Post a Comment