Karya Komedi Seram Terakhir Mamat Khalid 'Ultimatum Zombi'

Mamat Khalid bukan asing lagi bagi kita dalam penghasilan darama seram komidi yang mendapat sambutan bermula dari Zombi Kampung pisang yang menjadikan gerni komedi seram mendapat tempat dihati peminat ,bagi memenuhi permintaan peminat yang amat rindukan hasil sentuhan Mamat Khalid  saksikanlah hasil karya yang terakhir gerni seram komedi Ultimatum Zombi

Mamat atau Mohamad Mohamad Khalid, 53, berkata, dia sebenarnya sudah tidak mahu menghasilkan karya genre itu namun penyebaran WhatsApp kononnya dia sedang mencari pelakon tambahan untuk berlakon sebagai zombi mengubah keputusannya.

"Saya terkejut apabila ramai bertanya saya tentang uji bakat berkenaan kerana tidak mengetahui apa-apa mengenainya dan ramai kecewa.

"Mereka juga minta saya hasilkan filem seram komedi dan penyebaran mesej itu membuka hati saya untuk hasilkan Ultimatum Zombi sebagai memenuhi permintaan peminat," katanya 

Mamat berkata, dia juga bercadang untuk mengekalkan barisan pelakon asal dalam karya terbaharunya itu seperti Awie, Datuk AC Mizal, Que Haidar, Ezlynn, Man Kadir dan Sofi Jikan.

"Perbezaan kali ini adalah zombi yang ditampilkan lebih serius dalam memberi impak berbeza walaupun ia filem komedi seram.

"Saya sedang memperkemaskan skrip yang ditulis selain berharap pelakon asal dapat disatukan semula," ujarnya.

0 Response to "Karya Komedi Seram Terakhir Mamat Khalid 'Ultimatum Zombi' "

Post a Comment