Gara-Gara Viral Tudung Zip Nora Danish Dapat Sambutan Ramai Ingin Menjadi Ejen

 Gara-gara vairal dimedia sosial tudung zip Nora mendapat sambutan apabila adanya pihak yang bertaya untuk menjadi Ejen bagi tudung tersebut biarpun masih belum dilancarkan lagi kepada umum

Menurut Nora koleksi yang diberi nama Owl Princess Jasmine Ezip Instant Shawl ini akan memasuki pasaran dalam masa terdekat dengan harga RM69.

"Alhamdulillah, Nora baru sahaja selesai sesi fotografi untuk tudung ini dan sejak viral beberapa hari lalu memang ramai yang sudah bertanya dan berminat untuk jadi ejen dan stokis Owlbynd.

"Insya-Allah koleksi unik ini akan dikeluarkan paling awal ialah pada penghujung bulan ini," ujarnya

"Idea tudung ini timbul bagi menggantikan zip dengan jahitan tepi bagi mendapatkan kesan alunan atau berombak apabila digayakan.

"Ia boleh digunakan dengan dua cara, cuma cara kedua yang menjadi viral kerana saya berseloroh dengan mengzipkan muka secara penuh. Bagaimanapun, seperti shawl lain ia bergantung kepada kreativiti pengguna.

0 Response to "Gara-Gara Viral Tudung Zip Nora Danish Dapat Sambutan Ramai Ingin Menjadi Ejen"

Post a Comment