Elly Mazlein Nasihat Peminat Jangan Kecewa ,Beliau Gagal Mendapat Imuniti Di GV3

Elly Mazlein berharap peminat-peminatnya tidak terlalu kecewa apabila dia gagal mendapat imuniti daripada penaja program Gegar Vaganza 3 iaitu Datuk Seri Vida pada suku akhir konsert itu malam Ahad lalu.

"Sudah pasti ada hati yang kecewa dengan keputusan itu, walau macam mana pun rezeki itu Allah yang menentukan, buat macam mana pun kalau ia bukan rezeki kita, ia bukan rezeki kitalah.

"Buat peminat saya, terima kasih atas jasa baik anda semua yang tidak pernah putus asa dan banyak berusaha demi saya," ujarnya

"Setiap keputusan atau apa yang berlaku ada hikmahnya, kita doakan yang baik-baik sahaja dan teruskan kehidupan ini.

"Kepada peminat saya, janganlah terlalu kecewa, biar usaha dan kalah daripada kita tidak berusaha dan kalah," ujarnya lagi



 Elly turut mengucapkan terima kasih kepada pihak Astro dan program Gegar Vaganza 3 


0 Response to "Elly Mazlein Nasihat Peminat Jangan Kecewa ,Beliau Gagal Mendapat Imuniti Di GV3"

Post a Comment