Drama Love You Mr Arang ,Lakonan Amirul Faqeem, Hanna Aqeela



JUDUL : LOVE YOU MR. ARANG  
EPISOD : 20 episod
TARIKH / MASA : November 2016
SIARAN : Slot Iris TV3
PENGARAH : Along Kamaludin
TERBITAN : Primeworks Studios Sdn Bhd
PELAKON : Amirul Faqeem, Hanna Aqeela, Dazrin Kamarudin, Maria Farida, Ryzal Jaafar, Mustapha Kamal, Zarina Zainuddin, Ikhlas Jalil, Ani Maiyuni

WATAK PELAKON
Amirul Faqeem sebagai Fariz
Hanna Aqeela sebagai Irma
Dazrin Kamarudin sebagai Haziq
Ryzal Jaafar sebagai Imran
Maria Farida sebagai Datuk Sherry 

SINOPSIS LOVE YOU MR ARANG  
#LoveYouMrArang
Terbaru di slot Iris drama Love You Mr Arang bermula 23 November 2016, jam 6.30 petang. Hanna Aqeela, pelakon cantik yang sedang membina nama dipaksa oleh ibunya untuk kahwin secepat mungkin. Hanna Aqeela kini sangat tertekan kerana perlu mencari pasangan hidup dalam masa yang singkat untuk mengelakkan berkahwin dengan pilihan ibunya. 

Hanna berkata bahawa dia sudah ada pilihan hatinya sendiri. Siapakah jejaka bertuah tersebut? 

Selepas berjumpa pilihan hatinya langsung tidak menepati ciri-ciri ibunya. Namun, Hanna tetap berteguh dengan pilihan hatinya iaitu Amirul Faqeem DFKL atau dikenali sebagai Mr. Arang. Pelbagai konflik bakal tercetus. Ingin tahu apakah yang berlaku selanjutnya?

Ikuti kisah hidup Irma (Hanna Aqeela) dan Fariz (Amirul Faqeem DFKL) menerusi drama bersiri 20 episod terbitan Primeworks Studios, arahan daripada Along Kamaludin ini.

0 Response to "Drama Love You Mr Arang ,Lakonan Amirul Faqeem, Hanna Aqeela"

Post a Comment