Drama Ainur Mardhiyah ,Slot Azalea Lakonan Zahiril Adzim, Sura Sojangi, Niezam Zaidi


Merupakan Sebuah Drama Bersiri terbaru mengantikan Drama Amsyar yang bertajuk Ainur Mardhiyah yang akan bersiaran di slot Azalea dibarisi pelakon hebat antaranya Zahiril Adzim ,Sura Sojangi ,Niezam Zaidi Dan Neera Azizi  Drama ini diterbitkan produksi Creative Skill Solution yang akan bersiaran sebanyak 20 episod di bawah arahan Zamri Zakaria ,nantikan drama ini yang bersiaran pada 22 November 2016.

Tajuk : AINUR MARDHIYAH #AinurMardhiyah
Jumlah EPISOD : 20 episod
TARIKH / Waktu : November 2016
SIARAN : Slot Azalea TV9 & TV3
PENGARAH : Zamri Zakaria
TERBITAN : Creative Skill Solution Sdn Bhd
PELAKON : Zahiril Adzim, Sura Sojangi, Niezam Zaidi, Neera Azizi, Fara Lyna, Bella Nazari, Zarynn Zarynn, Khaty Azian

WATAK PELAKON
Zahiril Adzim sebagai Saiful
Sura Sojangi sebagai Diyah
Niezam Zaidi sebagai Kiefli
Neera Azizi sebagai Aina

SINOPSIS AINUR MARDHIYAH
Perlukah seseorang itu dihina dan dicaci sebegitu rupa jika dilahirkan tanpa mengetahui asal usulnya? Itulah yang terjadi kepada seorang gadis bernama Ainur Mardhiyah yang tidak pernah berjumpa dengan orang tuanya. Ainur Mardhiyah atau lebih dikengli sebagai Dhiya, dibesarkan oleh nenek dan datuknya kerana ditinggalkan ibu. 

Penduduk-penduduk kampung halamannya memandang hina serta keji dan tidak menyukainya. Dhiya hanya mempunyai dua sahabat baik, Saiful dan Kiflie yang sentiasa berada di sampingnya. Saiful sebenarnya menyimpan perasaan terhadap Dhiya. 

Malangnya Dhiya kehilangan kedua-dua nenek dan datuknya yang terlibat dengan kemalangan. Sejak hari itu, Dhiya terasa kekosongan kerana tidak mempunyai sesiapa lagi dalam hidupnya.

Setelah tamat SPM, Dhiya nekad untuk meninggalkan kampungnya tanpa memberitahu sesiapa dan mencari ibu kandungnya di KL. Dhiya berpisah dengan sahabat-sahabatnya.

Untuk meneruskan kehidupan, Dhiya terpaksa bekerja separuh masa untuk menyambung pelajarannya di universiti. Pada suatu hari, Dhiya dilanggar oleh sebuah kereta yang dipandu oleh Aina. Aina membawa Dhiya ke klinik untuk dirawat.

Mereka berbual dan menjadi semakin rapat apabila mengetahui tempat mereka belajar adalah sama. Aina mengetahui tentang Dhiya dan menawarkannya untuk bekerja di butik pakaian milik ibunya. Dhiya sangat bersyukur kerana boleh mencari rezeki untuk meneruskan kehidupannya. 

Sekali lagi, dugaan menimpa Dhiya. Dia disabotaj oleh Kak Lin, pekerja di butik ibu Aina. Pelbagai tomahan dan cabaran sepanjang dia bekerja di situ.

Dhiya terkejut apabila pertama kali berjumpa dengan ibu Aina, Ainul Mardhihah (Mar) yang sebenarnya merupakan ibu kandungnya. Mar termakan hasutan pekerjanya dan tidak mempunyai tanggapan baik terhadap Dhiya.

Berjayakah Dhiya bersatu dengan ibunya selepas mengharungi pelbagai cabaran hidup? Dhiya ditemukan dengan Saiful dan Kiflie selepas 4 tahun. Persahabatan mereka bertiga bakal diuji apabila Saiful dan Kiflie ingi memenangi hati Dhiya.

Saksikan kesudahan drama Ainur Mardhiya 20 episod ini selepas Amsyar bermula pada Selasa minggu hadapan.

0 Response to "Drama Ainur Mardhiyah ,Slot Azalea Lakonan Zahiril Adzim, Sura Sojangi, Niezam Zaidi"

Post a Comment