Senarai Calon Anugerah Industri Muzik 2016 (AIM22)

Anugerah Industri Muzik Ke-22 (AIM22) dijadualkan berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur pada hari Ahad, 18 Disember 2016. Majlis anugerah berprestij itu akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123) dari pukul 9.00 malam hingga 12.00 malam. Majlis tersebut akan didahului acara ‘Karpet Glamor AIM 22’ yang menampilkan perjalanan artis dan selebriti yang menyusuri karpet merah dari pukul 8.30 malam hingga 9.00 malam sejurus sebelum majlis penyampaian anugerah berlangsung.

Sejumlah 80 nama dalam 16 kategori anugerah telah diumumkan sebagai calon akhir untuk edisi ke-22 itu. Senarai lima calon akhir untuk setiap kategori tersebut menampilkan gabungan menarik nama-nama besar yang disegani dan juga pendatang baru dalam industri muzik negara dalam pelbagai genre muzik yang diterbitkan.

SENARAI PENUH 5 CALON AKHIR ANUGERAH INDUSTRI MUZIK 22 (AIM 22)

1. ARTIS BAHARU TERBAIK
Bella Nazari
De Fam
Lyia Meta
Projector Band
Syamel

2. PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DI DALAM LAGU (LELAKI)
Akim Ahmad - Potret
Faizal Tahir - Sejati
Hazama - Sampai Mati
Hazami - Cintai Dia
Lah Ahmad - Syukur

3. PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DI DALAM LAGU (WANITA)
Datuk Siti Nurhaliza - Menatap Dalam Mimpi
Dayang Nurfaizah - Lelaki Teragung
Jaclyn Victor - Seindah Mimpi
Najwa Mahiaddin - Guilty Room
Nona - Takkan Biarkan

4. PERSEMBAHAN VOKAL BERKUMPULAN TERBAIK DI DALAM LAGU
Back2Basixx - Senyuman
De Fam - #Super Girls
Nowseeheart - Selawat Untukmu
The Mikraj - Qod Kafani
UNIC - Syamail Muhammadiah

5. PERSEMBAHAN VOKAL DUO/KOLABORASI TERBAIK DI DALAM LAGU
Elizabeth Tan & Faizal Tahir - Setia
Hunny Madu & Kayda - Go Hard Or Gostan
Misha Omar & Hafiz Suip - Terimaku Seadanya
Najwa Mahiaddin & Juny - After The Rain
Sonaone, Joe Flizzow & Akeem - Go Do That

6. KULIT ALBUM TERBAIK
ALBUM - ARTIS - PEREKA
Bahtera - Sekumpulan Orang Gila - Ajim Juxta
Puisi Tepi Jalan - Fynn Jamal – Amrul Kareem
Material - Yuna Zarai - Fahim Fazlishah
Selamat Datang Ke Panggung Suara - Pitahati – Izat Arif & Fairiz
Penuh Magika - Reena Nicky – Suresh Sammuggam & Nizam Harraz

7. RAKAMAN ALBUM TERBAIK
ARTIS - ALBUM - JURURAKAM
Yuna – Material - Ahmad Huzai
Froya – Panic Bird - Lee Williams, Paul Morisson, Selgana, Drew Adams, Ivan Cheong
Gabriel Lynch – All of Us - Paul Morisson, Sel Gana, Lee Williams
Q Sound – Duel Citizenship - Paul Morisson
Datuk Siti Nurhaliza – Datuk Siti Nurhaliza Unplugged - Sunil Kumar

8. VIDEO MUZIK TERBAIK
ARTIS - VIDEO MUZIK - PENGARAH
Stacy – Not For Sale - Casper
Kaka Feat Sleeq – Bukan Hal Aku - Ghaz Abu Bakar
Hazama – Sampai Mati - Indra Putra Jamin
Paperplane Pursuit – Who’s Gonna Stop Me - Joshua Chay & John Samuel Oommen
Fynn Jamal – Suatu Pernah - Sharifah Amani

9. LAGU POP ETNIK TERBAIK
Ingga - Amir Jahari
Joget Sulam Sakti - Raja Iskandar
Kelik La Weii - Eddie Hamid
Mathbawi 1 Mawar - Usop Kopratasa & Rafi Suhu
Sepertinya - Fynn Jamal & AG Coco

10. LAGU NASYID TERBAIK
Suhaimi Saad – Cinta Sidna
Caliph Busker – Hanya NamaMu
Lah Ahmad – Maulaya
Datuk Siti Nurhaliza – Mikraj Cinta
Daqmie – Tangis Sebatang Tamar

11. LAGU ROCK TERBAIK
Projek Pistol – Berani Mati
Azlan & The Typewriter – Lebih Baik Sendiri
Azlan & The Typewriter – Mata Hati
Akim & The Majistret – Potret
Amy Search feat Edrie Hashim – Redha Kemenangan

12. LAGU POP TERBAIK
Faizal Tahir – Assalamualaikum
Syamel – Hidup Dalam Mati
Datuk Siti Nurhaliza – Menatap Dalam Mimpi
Hazama – Sedetik Lara
Faizal Tahir – Sejati

13. LAGU HIP HOP TERBAIK
SonaOne – Confirm Ah
SonaOne – Hakeleh
Altimet & Takahara Suiko – Janji
Lah Ahmad feat Altimet – Mengelamun
Salammusik – Terima Kasih

14. LAGU INGGERIS TEMPATAN TERBAIK
Elvira Arul – Christmas in The Sun
SonaOne – Firefly
Juwita Suwito – Just Like That
Daiyan Trisha – Stargazing
Vince Chong – Wonder

15. SUSUNAN MUZIK TERBAIK DI DALAM LAGU
Elvira Arul – Christmas in The Sun
Datuk Siti Nurhaliza – Jaga Dia Untukku
Datuk Siti Nurhaliza – Menatap Dalam Mimpi
Caliph Busker – Hanya Nama-Mu
Faizal Tahir – Assalamualaikum

16. ALBUM TERBAIK
Patriot - Akim & The Majistret
Datuk Siti Nurhaliza Unplugged - Datuk Siti Nurhaliza
Nada - Mojo
Sepenuhnya Vol.1 - Estranged
Black – Black

0 Response to "Senarai Calon Anugerah Industri Muzik 2016 (AIM22)"

Post a Comment