Pelbagai Aksi Lawak Di Mahaguru Spontan Gamatkan Istana Budaya

Aksi spontan sepuluh pelawak terkenal di pementasan komedi Mahaguru Spontan pada tayangan pertama petang Sabtu mengamatkan suasana Panggung Sari, Istana Budaya.

Pentas Mahaguru Spontan dibuka dengan persembahan Datuk AC Mizal, Douglas Lim dan Abam menerusi permainan pertama yang diberi nama 'Jangan Cakap Banyak'. 

Mahaguru Spontan dihoskan oleh pelawak Afdlin Shauki itu turut memberi peluang kepada penonton untuk memilih peserta dan mencadangkan situasi dalam permainan tersebut. 

Sementara itu dua penonton bertuah bernama Firdaus dan Piku diberi peluang ke atas pentas dan bermain permainan bersama peserta. 

Persembahan spontan yang 100 peratus bersifat interaktif itu merupakan pertama kali  diadakan dipentaskan di Istana Budaya. 

Sepuluh pelawak terkenal yang membuat persembahan ialah Datuk Ac Mizal, Johan, Zizan, Douglas Lim, Abam Bocey, Fad Bocey, Achey, Rashid Salleh dan Kuah Jenhan. 

Manakala Datuk Siti Nurhaliza akan menyertai pementasan pada malam Sabtu dan Ahad. 

Sebanyak 10 permainan dimainkan antaranya beku, jangan cakap banyak, keluar masuk, maju undur, lagu spontan, laguku untukmu dan pilihan lain. 

Sementara itu, dua permainan baharu diperkenalkan iaitu adiwira dan apa maksud kau. 

Mahaguru Spontan dipentaskan pada 22 dan 23 Oktober 2016 dengan dua sesi sehari iaitu pukul 3 petang dan 8 malam. 


0 Response to "Pelbagai Aksi Lawak Di Mahaguru Spontan Gamatkan Istana Budaya"

Post a Comment