Drama Amsyar ,Lakonan Ben Ladin, Redza Rosli Dan Elly Mazlein

JUDUL : AMSYAR
EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 27 Oktober 2016
HARI / MASA : Selasa-Ahad, 8.30 malam
SIARAN : Slot Azalea TV9
PENGARAH : Murali Abdullah
TERBITAN : Zeel Production Sdn Bhd
PELAKON : Ben Ladin, Redza Rosli, Elly Mazlein, Nafiz Muaz, Hairi Safwan, Syuhada, Juedian Omar,  Tatty Hassan, Sabhi Saddi, Faralyna Idris

WATAK PELAKON
Ben Ladin sebagai Amsyar 
Redza Rosli sebagai Shahrul
Elly Mazlein sebagai Waheeda
Nafiz Muaz sebagai Hisyam
Hairi Safwan sebagai Azhar

LAGU TEMA / OST AMSYAR
Lagu : Percuma
Penyanyi : Sabhi Saddi

SINOPSIS AMSYAR
Mengisahkan Amsyar yang merupakan anak tunggal kepada Farid dan Arfah. Selepas pemergian ibu bapanya, tiada siapa yang hendak menjaganya kecuali Shahrul, Pak Ngahnya. Isteri Shahrul, Lia langsung tidak menyukainya dan mengangap dia adalah satu bebanan.

Apabila hendak menumpang duduk di rumah bapa saudaranya, Azhar, ada sahaja yang tidak menyukainya. Adik beradik kepada arwah ayahnya cukup benci akan Amsyar. Mereka bukan sahaja sering memarahinya, malah menderanya dan memikulnya semahu hati. 

Tidak ingin menyusahkan bapa saudaranya, Amsyar lebih rela menetap di sebuah rumah yang menempatkan anak-anak yang kurang bernasib baik sepertinya.

Waheeda, pemilik rumah anak yatim yang telah ditinggalkan suami. Dia mengharungi hidup dengan cekal dan membangunkan Teratak Kasih atas nama manusiawi. Hinggalah akhirnya dia menemui Amsyar. Segalanya berubah. 

0 Response to "Drama Amsyar ,Lakonan Ben Ladin, Redza Rosli Dan Elly Mazlein"

Post a Comment