Drama Patahnya Sebelah Sayap



JUDUL : PATAHNYA SEBELAH SAYAP #Patahnyasebelahsayap
EPISOD : 15 episod
TARIKH / MASA : 2016
SIARAN : Slot Samarinda TV3
SKRIP : Mia Marziah
PENGARAH : Ayie Mustafa 
TERBITAN : Creative Skill Solution Sdn Bhd
PELAKON : Aeril Zafrel, Ummi Nazeera, Izzue Islam, Wawa Zainal, Syainie Shuhaimi, Zainab Othman, Normah Damansuri, Neera Azizi

WATAK PELAKON
Aeril Zafrel sebagai Khuzairi
Ummi Nazeera sebagai Alisha
Izzue Islam sebagai Amzar
Wawa Zainal sebagai Tania

SINOPSIS PATAHNYA SEBELAH SAYAP
Mengisahkan Alisha (Ummi Nazeera), seorang gadis kampung yang telah diberikan ujian percintaan yang berat daripada kekasihnya, Amzar (Izzue Islam). Pada awalnya hubungan mereka amat baik dan harmoni kerana Alisha banyak membantu keluarga Amzar ketika Amzar sedang mencari peluang pekerjaan sebagai seorang peguam. Namun, segalanya berubah apabila Amzar lulus temuduga dan diterima untuk bekerja sebagai seorang peguam di sebuah firma guaman.

Alisha dan Amzar amat teruja apabila impian Amzar untuk menjadi peguam tercapai. Alisha membelikan Amzar pelbagai jenis kemeja agar Amzar selesa bekerja. Atas keterujaan itu, Amzar berjaya membicarakan kesnya yang pertama. Mereka berdua meraikan kejayaan Amzar di kedai makan kegemaran mereka. Amzar juga melamar Alisha dan Alisha menerima lamaran Amzar tanpa syarat dek terlalu gembira.

Selesai mereka menjamu selera, hujan pula turun dengan selebat-lebatnya. Mereka terus gegas ke kereta Alisha dan beransur pulang. Namun, kerana terlalu asyik bergurau, Amzar terlanggar sesuatu ketika mengelak kereta dari arah bertentangan. Dalam keadaan hujan yang lebat Amzar dan Alisha tidak pasti apa yang telah dilanggar mereka. Setelah Amzar turun melihat apa yang dilanggarnya, Amzar kembali masuk memandu dan memberi alasan pada Alisha bahawa mereka hanya terlanggar tong besar dan enggan memberitahu hal sebenar.

Suatu hari, terpampang di dada akhbar mengenai sebuah kes langgar lari dan Alisha yakin bahawa kes itu mempunyai kaitan dengan kejadian malam bersama Amzar. Trauma Alisha makin bertambah apabila sekumpulan anggota polis datang ke rumahnya dan menahannya. Menurut mereka, Alisha adalah suspek utama kes langgar lari yang disiarkan di media massa. Alisha akhirnya dijatuhkan hukuman penjara dua tahun di atas “kesalahannya” itu apabila Amzar yang pada mulanya berjanji akan membela Alisha menyepikan diri dan membiarkan Alisha menanggung akibatnya sendirian. Selepas dua tahun, Alisha dibebaskan dan menjadi tukang cuci di pejabat Kuzairi (Aeril Zafrel), suami kepada mangsa langgar lari Amzar.

Bagaimanakah hubungan Alisha, Kuzairi dan Amzar? Adakah masa depan buat gadis yang bergelar bekas banduan itu?

9 Responses to "Drama Patahnya Sebelah Sayap"

  1. tiru cerita korea............xde idea ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya drama secrets kan..tak pa lah..ada edit sana sini sikit sikit

      Delete
    2. ya allah sebijik cerita secret love

      Delete
  2. Apa salahnya kalau tiru drama Korea pun. Drama Korea byk yg ada moral value. Cthnya cam drama ni. Bukan mcm drama novel kita tu yg hanya berdasarkan cinta semata-mata.

    ReplyDelete
  3. Cerita ni best. Setiap pelakon pandai membawa watak masing2.congrate kpd pengarah dan barisan pelakon:-)

    ReplyDelete
  4. Suka cerita ni,lebih berquality dari drama di astro yg entah pa2 tu..abang bomba lah pilot lah...puiiii.....

    ReplyDelete
  5. Memang drama yg trbaik sy tgok setakat nie..

    ReplyDelete
  6. Kenapa episod terakhir xde ye?

    ReplyDelete