Sinopsis Drama Lara Aishah






JUDUL : LARA AISHAH #Laraaishah
EPISOD : 100 episod
TARIKH TAYANGAN : Ogos 2016
SIARAN : Astro Prima 105 & Astro Maya HD 135
PENGARAH : Muhammad Riza Baharudin
TERBITAN : Global Station Sdn Bhd
PELAKON : Nazim Othman, Fasha Sandha, Jasmin Hamid, Dayana Roza, Shahrizal Jaszle, Afzan A.Rahman, Maria Farida, Eizlan Yusof, Ainul Aishah, Adam Lee,Dian P.Ramlee, Sasqia Dahuri, Watie Sadali, Ku Faridah, Liza Abdullah,

WATAK PELAKON
Nazim Othman sebagai Iskandar
Fasha Sandha sebagai Aishah
Jasmin Hamid sebagai Zurin
Dayana Roza sebagai Wani
Shahrizal Jaszle sebagai Zack 
Maria Farida sebagai Datin Dahlia
Eizlan Yusof sebagai Datuk Nazri
Ainul Aishah sebagai Aimi Farhana 

SINOPSIS LARA AISHAH
Mengisahkan tentang dua wanita iaitu Aishah yang berjuang untuk menyelamatkan pasar tempatan daripada dirobohkan dan mengenai bekas banduan bernama Zurin yang ingin mencari anak kandungnya yang telah hilang. Zurin telah dipenjara di luar negara atas kesalahan yang tidak dilakukannya dan semua itu telah dirancang oleh ibu mentuanya.
Apabila dibebaskan dia medapat tahu bahawa anaknya telah diculik ketika kecil dan masih hidup , lalu Zurin nekad untuk membalas dendam. Sementara itu, Aishah yang dibesarkan Muiz dalam serba kekurangan. Dia hanya bekerja di pasar dan terkenal dengan sikap keras hati. Apabila mengetahui pasar itu bakal diambil alih, lalu Aishah bertekak dengan Datuk Alif, anak pemilik premis tersebut.

Pergaduhan di antara mereka juga menemukan Aishah dengan Iskandar, waris daripada keluarga mentua Zurin. Iskandar menipu Aishah dengan menyatakan dia hanya seorang mekanik yang miskin. Perkenalan itu telah membuahkan bibit-bibit cinta di antara mereka. Dalam pada masa sama, keluarga Iskandar mahu menyatukan jejaka itu dengan Felisha dyang dimana sanggup melakukan apa saja untuk memusnahkan Aishah. Ditambah dengan kehadiran bekas kekasih Aishah yang merumitkan lagi keadaan.

10 Responses to "Sinopsis Drama Lara Aishah "

  1. saya suka tengok cite lara aishah terutama sekali lakonan fasha shanda dan nazim othman

    ReplyDelete
  2. 100 episod?huhu...lambatnya nak habis...x sabar nk tahu mcmn zurin balas dendam dan bertemu aisyah

    ReplyDelete
  3. Semua pelakon best. Pandai membawa watak masing2..

    ReplyDelete
  4. Best giler cite ni hari2 tengok 2 kali 6pm and 12pm 😆

    ReplyDelete
  5. Aku xminat nazim othman. Tapi dalam Lara Aishah ni aku suka watal die...

    ReplyDelete
  6. Aku xminat nazim othman. Tapi dalam Lara Aishah ni aku suka watal die...

    ReplyDelete
  7. tak sabar lah nak tengok episod-episod yang seterusnya. nak tengok mcm mana zurin bls dendam

    ReplyDelete
  8. tak sabar lah nak tengok episod-episod yang seterusnya. nak tengok mcm mana zurin bls dendam

    ReplyDelete
  9. tak sabar lah nak tengok episod-episod yang seterusnya. nak tengok mcm mana zurin bls dendam

    ReplyDelete
  10. saya minat pali..boleh tau nama sebenar dia

    ReplyDelete