Shukri Yahaya Kongsi Detik Sambut Kelahiran Anak

Berada disamping isteri sepanjang proses bersalin, Shukri Yahaya dapat melihat sendiri pengorbanan seorang isteri melahirkan zuriat buat suaminya. Walaupun berasa gementar dan penat, Shukri merasakan ianya berlalu pergi apabila melihat kelahiran bayi perempuan yang dilahirkan pada hari Rabu lalu di sebuah pusat perubatan di Cheras, Kuala Lumpur.


“Saya berada di sisinya memberi semangat di samping menenangkannya. Saya dapat melihat sendiri bagaimana susahnya seorang wanita itu melahirkan anak. Tentunya saya gembira namun pada masa yang sama berasa gementar menantikan proses bersalin itu selesai. Insya-Allah kalau bayi kami dalam keadaan sihat, kami sekeluarga akan dapat pulang ke rumah”

“Walaupun penat semua itu tidak terasa kerana saya terlalu gembira dengan kelahiran bayi ini. Saya bersyukur segalanya telah berjalan dengan lancar. Saya kini bergelar bapa dan menggalas satu lagi tanggungjawab besar dalam keluarga,” katanya kepada Harian Metro menceritakan pengalaman manis beliau menyambut kelahiran bayi sulung mereka.

Sementara itu, Shukri memaklumkan bahawa isterinya, Tya Adnan akan menjalani proses berpantang secara traditional selama 44 hari. Selama tempoh itu berjalan, isterinya akan dijaga oleh ibunya di kediaman mereka di Kajang. Selain itu apabila ditanyakan soal nama, Shukri akan memberikan nama bayi comel itu selepas seminggu kelahiran beliau.

Terdahulu, Shukri menerusi laman Instagramnya telah berkongsi berita kelahiran bayi sulung mereka buat tatapan peminat semua. Selain itu, sekeping gambar menunjukkan Shukri mendukung bayi comel mereka turut dimuat naik. Apapun, semoga kelahiran ini dapat menambahkan keceriaan serta kebahagiaan rumah tangga buat pasangan bahagia ini.

0 Response to "Shukri Yahaya Kongsi Detik Sambut Kelahiran Anak"

Post a Comment